Haa anda semua sihat ? kalau sihat , bagus lahh , alhamdulillah kerana masih sihat lagi , hehe . Okay2 now ambe nak cerita pasal sejarah nama ambe , maksud ambe sejarah nama Aidid . Anda semua pasti dah tahuu nama ambe yang sebenar kann ? takpe siapa yang dop tahuu tuu nama ambe Yusri Aidid , ingat nama nie tau , Yusri Aidid . cehh . Haha :p
Nama Aidid nie bermula pada zaman kerajaan Oman di selatan semenanjung tanah arab , di sekitar tahun 750 - 1258 masihi. .Nama Aidid ni berasal dari seorang pedagang yang tak popular yang berbangsa Arab Yahmad yang tinggal di kawasan yang dikenali sebagai Hadramawt di Yemen . Nama sebenar beliau ialah Muhammad Al-Aidid , beliau mempunyai 3 anak , ketuga-tiga anak beliau adalah lelaki , Anak sulung beliau bernama Haytham Al-Aidid, anak kedua bernama Musa Al-Aidid , dan anak bongsu beliau bernama Nasr Al-Aidid . Pada zaman pemerintahan Musa Bin Jabir (Sultan Oman) ,empayar Oman terbentang dari Oman sehinggalah ke pulau Madagascar di selatan Afrika . beliau(Al-Aidid) telah berdagang disekitar Semenanjung tanah Arab dan juga disekitar pantai timur Afrika bersama putera-2 beliau dan menjadi kaya dengan penjualan barang2 dagangan mereka .
Beberapa generasi kemudian pada kurun ke-16 or 17 , cucu cicit Muhammad Al-Aidid meneruskan legasi moyang mereka sebagai pedagang dan mengembara lebih jauh dari ayah-2 pakcik-2 mereka dan kapal-2 mereka telah sampai ke pelabuhan-2 nusantara seperti Acheh , Jambi , Melaka , Batavia(Jakarta), Banjarmasin , Makasar dan Brunei . Some of them berkahwin dengan penduduk tempatan dan tinggal di sekitar Jambi , Palembang , Makasar , Banjarmasin dan Tanjung Puteri(Johor Bahru) . Di banjarmasin seorang anak keturunan Muhammad Al-Aidid yang bernama Rashid Al-Aidid telah berkahwin dengan seorang puteri raja Banjarmasin yang bernama apa entah ambe tak tahuu dan telah mengislamkan keluarga diraja tersebut .
-peta nusantara-
Dan kini keluarga Aidid telah beranak-pinak di negara seperti Somalia , Indonesia , Malaysia , Brunei , Iran , dan tidak lupa Oman, Yemen, dan Arab Saudi . Di Somalia ada seorang anak keturunan Al-Aidid yang bernama Muhammad Farrah Aidid , beliau adalah president Somalia pada tahun 1990an .Di Indonesia pula seorang ulama yang bernama Pakeh Aidid telah membuka madrasah di Sumatera barat .
Ambe akan meneruskan legasi keluarga Muhammad Al-Aidid ke anak cucu ambe , cehhh , ambe kat sekolah dulu amek Economics , so ambe akan amek course yang berkaitan dengan Business di IPT nanti , In shaa Allah . Mane tahu nanti Yusri Aidid menjadi pakar ekonomi ke , hehehe .
Itu lah kisah sejarah keluarga Aidid , 3 tahunn setengah buat penyelidikan dan ini lah hasil diaa , hehe . sekian sahaja dari ambe , moga-2 anda semua sihat selalu , aminnn ~ . Wasalam :D