
Pemimpin haruslah :-
1.Ikhlas dan jujur kerana Allah--- paling penting . Inilah yg akan mmbawa kpd pertolonganNya. Jika tercampur dgn sedikit perkara lain,boleh jadi taufiq tidak berhasil padaNya.
2.Allah sentiasa memerhatikan kita---mendorong bersegera melakukan kebaikan ke peringkat ihsan.
3.Memohon pertolongan Allah--- sungguh2 dlm berharap padaNya. Menjaga diri dari merasakan kejayaan semata-mata dari kita. Semuanya di tangan Allah .
4.Kepekaan (fokus) yg benar2 kepada pemimpin---perkara yg dibuat mmbuatnya berasa hidup dan betul2 ingin capai impiannya. Mendorong berjaga malam , ambil perhatian , sungguh2 sumbangkan usaha utk selesaikan tanggungjawab dan ambil faedah dari setiap perkara baru. Sekiranya kurang perasaan tanggungjawab terhadap amanah , biasanya kurang semangatnya utk laksana meskipun kemudahan sudah disediakan .
5.Ambil berat masalah tarbiyah dan penyediaan rijal--- iman yg teguh , asas pembinaan peribadi . Denganya akan tercapai janji Allah pada hambaNya . Lahirnya pendokong2 yg baik ,bersusah payah bersama pimpinan oleh perasaan kasih sayang dan kerjasama.
6.Menyuburkan pengertian kasih syg krn Allah--- Hasilkan suasana memahami , mengatasi rintangan.
7.Ambil berat tentang perancangan--- menentukan tujuan , peringkat dan cara2 , peralatan , penagihan kerja dan tugas kepada orang yg layak. Mengatur perjalanan dengan baik dan merasa tenang dgn perjalanan kerja agar memudahkan segala halangan di perjalanan.
8.Pimpinan cawangan turut merasa beratnya amanah--- mereka perlu dibantu utk menunaikan. Mereka memberi nasihat dan cadangan kpd pimpinan dgn perkara yg dpt bantu dlm suasana kasih sayang dan hormat.
Sekian sahaja perkongsian dari ambe , moga-2 anda semua mendapat secebis ilmu dari perkongsian ilmu dari ambe nie, sekian wasalam ^^
No comments:
Post a Comment